suria

Ramai kata comel bayi 6 bulan main ski air, mak ayah turut dikecam dera anak

Bayi berusia enam bulan bermain ski air. Foto richcaseyhumpherys/Instagram

SEGELINTIR orang mungkin melihat bayi yang melakukan ski air sebagai sesuatu yang menakjubkan dan comel.

Bagaimanapun, bukan semua orang berasa senang melihat perkara itu,

Mereka mengkritik ibu bapa kepada seorang bayi kerana membahayakan keselamatan anak mereka.

Malahan, mereka mendakwa ia sebagai satu bentuk penderaan kanak-kanak.

Baru berusia enam bulan, seorang bayi, Rich Casey Humpherys telah memecahkan rekod dunia dan pada bulan ini, dia menjadi pemain ski air termuda.

Sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram menyebut: "Saya bermain ski air untuk hari jadi saya enam bulan. Rupa-rupanya ia merupakan satu isu besar... #rekoddunia."

Terdapat gambar menunjukkan bayi berkenaan yang memakai jaket keselamatan melakukan ski air yang ditarik oleh sebuah bot di Tasik Powell di Utah, Amerika Syarikat.

Kebanyakan netizen menyifatkan gambar tersebut adalah comel, namun ibu bapa kanak-kanak itu turut dikritik kerana tidak mengutamakan kesihatan anak mereka. - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain