suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda keluarkan cacing pita 5 meter dari punggung selepas mengadu sakit perut

Seekor cacing pita sepanjang 5 meter yang dikeluarkan dari punggung seorang pemuda. Foto ViralPress

SEORANG pemuda yang mengalami sakit perut pergi ke tandas dan mengeluarkan seekor cacing pita sepanjang 5.18 meter dari punggungnya.

Duangchan Dachyoddee, 34, dari Nakhon Sawan di timur laut Thailand, menyedari cacing kuning panjang itu terjatuh ke dalam air ketika menggunakan tandas.

Dalam kejadian pada 21 September, penemuan cacing tersebut mengejutkan pemandu teksi itu.

Duangchan berkata, cacing berkenaan masih bergerak ketika itu dan kelihatan seperti 'makhluk asing'.

Beberapa gambar yang menunjukkan seekor cacing pita bergerak-gerak ketika diletakkan di atas jubin bilik mandi.

Duangchan berkata: "Saya tidak percaya berapa lama ia berada di dalam tu. Saya terus tarik keluar dan masih tersekat di punggung saya.

"Bila cacing tu keluar, saya mengukurnya dan panjangnya lima meter.

"Saya fikir itu adalah makhluk asing. Itu menjijikkan. Ia sudah berada lama dalam badan saya," katanya.

Doktor memaklumkan Duangchan bahawa cacing itu disebabkan amalan memakan daging mentah. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain