suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didakwa menyerupai alat sulit lelaki, pihak berkuasa robohkan patung ikan kontroversi selepas desakan rakyat

Pihak berkuasa tempatan merobohkan patung kontroversi itu Khamis minggu lalu. Foto: Facebook/Dailymail

PATUNG dua ekor ikan berwarna keemasan yang dibina di bulatan kawasan Mehdia, sebuah bandar di Morocco, kecoh diperkatakan pengguna media sosial di negara itu.

Ia gara-gara bentuknya yang didakwa menyerupai alat kelamin lelaki.

Netizen menyuarakan kemarahan kerana kesal dengan kerajaan yang didakwa memperuntukkan wang terhadap sesuatu perkara yang tidak berfaedah.

Desakan daripada warga maya menyebabkan pihak berkuasa tempatan merobohkan patung kontroversi tersebut pada Khamis minggu lalu.

"Penduduk menyuarakan kepada pihak berkuasa bahawa mereka mahukan pembaharuan di bandar. Namun pihak berkuasa membina pula patung ini," kata seorang netizen.

Segelintir penduduk Mehdia berpendapat patung kontroversi itu berkemungkinan merupakan idea daripada Presiden Majlis Perbandaran yang baharu dipilih, Abderrahim Bouras dari Parti Istiqlal.

Bouras dipilih pada bulan Ogos 2019. - Dailymail. co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain