Enggan berteki-teka jantina bayi, lelaki belah perut isteri hamil ditahan polis

Polis masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian berkenaan. foto Pixabay.

SEORANG lelaki di India ditahan polis selepas dia membelah perut isterinya yang sarat mengandung.

Menurut laporan media tempatan, pegawai kanan polis, Pravin Singh Chauhan berkata, lelaki berkenaan, Pannalal didakwa membelah perut isterinya menggunakan senjata tajam, baru-baru ini.

Keluarga mangsa mendakwa Pannalal bertindak sedemikian kerana mahu mengetahui jantina bayi yang dikandung isterinya.

Menurut polis, wanita yang hamil tujuh bulan itu cedera parah sebelum dia dikejarkan ke hospital berdekatan.

Sehingga kini, motif sebenar perlakuan jenayah itu masih lagi disiasat. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain