suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditahan memandu lebih had laju, wanita minta kebenaran mahu buang air besar dalam kereta polis

Emily Sindt Owings, 28, ditahan polis akibat memandu laju di Oklohama pada Selasa lalu.

TERDESAK mahu buang air besar sehingga memandu melebihi had laju.

Demikian kata seorang wanita selepas kenderaan dipandunya ditahan polis di Oklahoma, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

Selepas digari dan ditahan, Emily Sindt Owings, 28, turut bertanya seandainya dia boleh membuang air besar di dalam kereta peronda polis.

Antara kesalahan lain yang dilakukan termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar.

Menurut polis, wanita itu turut berubah agresif selepas dia ditahan.

Malah, dia turut melanggar beberapa papan tanda berhenti dalam aksi kejar mengejar sebelum berjaya dipintas oleh pasukan peronda. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain