Lahir dalam pesawat ke London, bayi bertuah dapat tiket penerbangan percuma seumur hidup

Seorang bayi yang baru dilahirkan dalam pesawat. Foto EGYPTAIR/Twitter

SEORANG bayi bertuah dihadiahkan tiket penerbangan percuma seumur hidup, selepas dilahirkan tanpa dirancang di dalam pesawat pada ketinggian 2,000 kaki.

Seorang penumpang warga Yaman, Hiyam Nasr Naji Daaban tidak dapat menahan daripada bersalin, semasa dalam penerbangan EgyptAir MS777 dari Kaherah, Mesir ke London, United Kingdom.

Juruterbang bertindak pantas dengan melencongkan penerbangan dan cuba membuat pendaratan cemas di Munich, Jerman.

Bagaimanapun, bayi tersebut dilahirkan di awan biru sebelum pesawat itu mendarat di landasan.

Seorang penumpang yang merupakan doktor memastikan keselamatan bayi baru lahir itu sepanjang penerbangan.

Syarikat penerbangan itu kemudian menerusi akaun Twitternya memaklumkan bahawa bayi tersebut akan dihadiahkan tiket penerbangan percuma seumur hidup. - Daily Star



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain