suria

Gara-gara cemburu buta, wanita dipukul dengan pintu tandas oleh teman lelaki

Katrina menjadi mangsa cemburu buta teman lelakinya. Foto: Mercury Press

SEORANG wanita nyaris menemui ajal di tangan teman lelakinya kerana dikasari dengan ganas sepanjang perhubungan mereka.

Dalam satu kejadian paling mengerikan, wanita berkenaan Katrina Pidden, 39, pernah dibanting dengan pintu tandas oleh teman lelakinya, Mitchell Liversedge yang berang selepas mendapat tahu dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah, lelaki berusia 25 tahun itu kerap kali menuduh Katrina berlaku curang.

"Saya cuba berlari ke jalan dan dia mengejar saya, menyeret saya dan mengurung saya sepanjang malam, memukul saya selama kira-kira 40 minit pada satu masa," cerita wanita itu.

Liversedge ditangkap pada bulan September tahun lalu, ketika seorang jiran di Daventry, Northamptonshire, menyaksikannya menyeret Katrina yang berlumuran darah di kawasan taman perumahannya.

Lelaki itu dipenjara pada bulan Mac selama lima tahun kerana empat pertuduhan antaranya memusnahkan atau merosakkan harta benda, dan satu tuduhan mendatangkan kecederaan.

Katrina kini bersuara untuk membantu wanita lain yang mengalami nasib seperti dirinya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

dera, teman lelaki, pintu tandas

Artikel Lain