suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak dapat kerja kerana faktor usia, lelaki 60 tahun buat video tekan tubi

Mark yang memakai sut lengkap melakukan tekan tubi. Foto Kennedy News

SEORANG bekas ketua eksekutif dihujani lebih 100 tawaran kerja selepas dia memuat naik video melakukan tekan tubi, di laman LinkedIn.

Lelaki berusia 60 tahun itu mempunyai pengalaman dalam peruncitan selama lebih 40 tahun.

Bagaimanapun, dia dan isterinya kehilangan kerja pada April lalu, berikutan pandemik Covid-19.

Dia merasakan perekrut melihatnya sebagai 'mati' kerana faktor usia.

Namun, dia mahu membuktikan bahawa bukan semua individu berusia 60 tahun sekadar tukang kebun berambut uban atau duduk minum teh mahupun menonton program sukan sepanjang hari.

Marks, dari Poulton-le-Fylde in Lancashire, United Kingdom merupakan bekas ketua pegawai operasi (COO), pengarah operasi dan pernah bekerja di India, Dubai dan Sepanyol.

Menerusi video yang meraih lebih 700,000 tontonan itu, bapa dua anak berkenaan melakukan senaman tekan tubi dengan memakai sut lengkap.

Di dalam klip video tersebut, dia memperkenalkan dirinya dan memaklumkan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun, serta melakukan antara 40 dan 50 tekan tubi sehari.

Tambahnya, dia turut berlari sejauh 30 kilometer seminggu. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain