suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jutawan minyak hadiahkan 3 anak perempuan kereta Ferrari RM877,000 setiap seorang

Anak jutawan minyak menunjukkan tiga model Ferrari yang dihadiahkan oleh bapa mereka. Foto cuppymusic/Instagram

JUTAWAN minyak, Femi Otedola menunjukkan beliau suka membelanjakan wangnya.

Terbaharu, beliau membelanjakan tiga model Ferrari Portofino berharga £165,000 (RM877,000) sebuah, untuk tiga anak perempuannya.

Anak perempuan beliau, Florence Ifeoluwa Otedola, yang lebih dikenali sebagai peminat muzik iaitu DJ Cuppy, menunjukkan ketiga-tiga model kereta mewah itu di laman Instagramnya.

Cuppy, 27, berkongsi gambar bersama adik-beradik perempuannya denga Ferraris baharu mereka, bersama 6 juta pengikutnya.

Dia menerima Portofino merah jambu, dan adik-beradiknya Elizabeth Temi dan Tolani Otedola masing-masing mendapat gangsa dan biru.

Anak perempuan sulung Otedola, Tolani merupakan seorang penyanyi.

Sementara itu, Temi yang paling bongsu merupakan penulis blog dan pereka fesyen yang bercita-cita tinggi.

Otedola merupakan pengasas Zenon Petroleum and Gas Ltd dan pemilik kepada sejumlah perniagaan lain. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain