Lamaran di Jambatan Brooklyn tak menjadi, sesi kejutan rosak gara-gara geng basikal tersembam atas jalan raya

Kejadian itu berlaku sewaktu Chris melamar teman wanitanya di Jambatan Brooklyn, New York.

HASRAT seorang jejaka melamar buah hatinya di atas sebuah jambatan tidak kesampaian apabila sesi kejutan itu rosak angkara sekumpulan individu berbasikal.

Chris Vigo, dari New York membawa kekasihnya, Angelina Rivera ke Jambatan Brooklyn untuk membuat lamaran.

Sewaktu detik manis itu berlangsung, tiba-tiba sekumpulan individu berbasikal melintas sehingga merosakkan foto yang sedang dirakam.

Lebih malang, salah seorang ahli kumpulan itu turut tersembam di atas jalan raya akibat terbabas dengan individu dari laluan bertentangan.

Video kejadian turut dikongsi di media sosial sehingga ia menjadi tular.

Menurut Chris, dia bagaikan diam tanpa kata-kata pada waktu itu.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Dalam hati, patutkah saya tolong dia?

"Atau saya terus pegang tangan kekasih saya? Pada waktu itu, kami terus berpelukan," ujar Chris.

Biar apa pun yang berlaku, lamaran itu tetap berlangsung dengan jayanya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain