suria

Percaya teori konspirasi Covid-19, lelaki menyesal selepas isteri maut dijangkiti virus

Brian (kiri) meminta orang ramai tidak mempercayai teori konspirasi Covid-19 selepas isterinya, Erin (kanan) meninggal dunia akibat virus itu. Foto Brian Lee Hitchens/Facebook

SEORANG pemandu teksi yang mempercayai Covid-19 adalah satu teori konspirasi menggesa orang ramai untuk tidak menjadi seperti dia, selepas isterinya meninggal dunia akibat virus itu.

Brian Lee Hitchens dan isteri, Erin, dari Florida di Amerika Syarikat, mempercayai teori konspirasi yang tersebar di media sosial.

Mereka tidak mendapatkan bantuan perubatan apabila dijangkiti virus itu, meskipun Erin berisiko kerana menghidap asma dan mengalami gangguan tidur.

Bercakap kepada BBC, Brian berkata, dia dan isterinya yang berusia 46 tahun pada Julai lalu telah membaca bahawa Covid-19 adalah palsu atau hanya seburuk selesema.

Mereka juga membaca dakwaan aneh mengenai virus yang dikaitkan dengan teknologi 5G.

Walaupun Brian telah pulih, tetapi keadaan Erin bertambah buruk sebelum meninggal dunia kerana masalah jantung, dikaitkan dengan Covid-19.

Brian berkata, pada awal pandemik itu, pasangan itu tidak mempedulikan garis panduan kesihatan dan dia terus bekerja sebagai pemandu teksi.

Malahan, dia tidak mengamalkan penjarakkan sosial atau memakai topeng muka ketika mengambil ubat untuk isterinya.

Kedua-dua mereka jatuh sakit pada Mei lalu sebelum didiagnosi dengan Covid-19.

Bercakap kepada BBC, Brian memberitahu dia seharusnya mendengar nasihat sejak awal lagi.

"Virus ini adalah benar dan menjangkiti orang dengan cara berbeza. Saya tidak boleh mengubah masa lampau.

"Saya hanya hidup pada hari ini dan membuat pilihan lebih baik untuk masa akan datang," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

teori konspirasi, Covid-19, penipuan,

Artikel Lain