suria

Bergambar dalam 'jet peribadi' mewah, influencer media sosial kantoi sewa studio!

Ada segelintir influencer media sosial menyewa studio yang direka khas untuk kelihatan seperti jet mewah. Foto: Dailystar

TERLALU obses untuk kelihatan mewah, segelintir influencer media sosial sanggup melakukan apa sahaja untuk mengaburi mata para pengikut mereka.

Ini termasuklah bergambar di dalam jet peribadi serba mewah demi menimbulkan rasa kagum pengikut mereka.

Namun taktik mereka berjaya 'dihidu' oleh seorang pengguna Twitter MaisonMelissa dan membuat pendedahan mengenainya di laman sosial tersebut.

"Nahhhhh saya baru tahu gadis LA menggunakan set studio yang kelihatan seperti jet peribadi untuk gambar Instagram mereka.

"Ia benar-benar gila bahawa apa sahaja yang anda lihat mungkin palsu," tulisnya.

Rupa-rupanya, golongan influencer ini hanya menyewa sebuah studio yang lengkap seperti 'jet peribadi mewah' dengan harga $ 64 sejam (RM 267). - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

influencer, jet mewah, kantoi, studio

Artikel Lain