suria

Terkejut klinik kesuburan bantu pasangan gay dan wanita bujang, penderma sperma ambil tindakan saman

Neil Gaskell merupakan penderma sperma. Foto Julian Hamilton/Sunday Mirror

SEORANG lelaki mengambil tindakan saman terhadap sebuah klinik kesuburan, selepas mendapati sperma yang didermakannya diberikan kepada pasangan gay dan wanita bujang untuk mendapatkan anak.

Neil Gaskell mengambil tindakan undang-undang setelah klinik tersebut memberikan tabung spermanya kepada pasangan sejenis dan wanita belum berkahwin.

Tindakan tersebut dibuat kerana bertentangan dengan tujuannya menderma sperma.

Dia terkejut apabila mendapati spermanya digunakan untuk sembilan kelahiran untuk tujuan berkenaan.

Selain itu, terdapat empat lagi kelahiran bagi pasangan sudah berkahwin menggunakan spermanya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 13 kelahiran.

Gaskell yang berusia 49 tahun memulakan tindakan undang-undang dan akhirnya diselesaikan degan tuntutan sebanyak lima angka.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Sunday Mirror, dia memberitahu bahawa anak sepatutnya dibesarkan oleh seorang ibu dan seorang bapa.

Dalam pada itu, dia juga mempunyai tiga anak sendiri menerusi kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain