suria

Dari Hawaii ke Filipina... papan luncur hilang ditemui nelayan sejauh 8,000km

(kiri) Doug Falter di Hawaii kehilangan papan luncurnya pada 2018. Foto BRENT BIELMAN/AFP (kanan) Giovanne Branzuela di Filipina membeli papan luncur daripada seorang nelayan. Foto Giovanne Branzuela

SEORANG lelaki yang hilang papan luncurnya semasa melakukan aktiviti meluncur air di Hawaii di Amerika Syarikat, terkejut apabila menemuinya sejauh lebih 8,000 kilometer.

Doug Falter, 35, yang menetap di Hawaii, kehilangan papan luncurnya di Teluk Walmea, Oahu, pada Februari 2018.

Ia kemudian ditemui oleh seorang nelayan di Filipina sebelum menjualnya kepada seorang guru yang ingin belajar meluncur, laporan agensi berita AFP.

Pemilik baharu papan luncur itu, Giovanne Branzuela merupakan seorang guru sekolah rendah di selatan Filipina.

Menerusi laman sosial Facebook, Falter memaklumkan bahawa dia benar-benar sedih dengan kehilangan papan luncurnya kerana dia berupaya menangani ombak terbesar dalam hidupnya.

Tambah Falter, papan luncur tersebut begitu bermakna buat dirinya.

Papan luncur itu ditemui oleh seorang nelayan di Filipina selepas enam bulan Falter kehilangannya.

Walaupun papan luncur itu telah ditukarkan warnanya dari biru ke kuning, Branzuela mengesannya melalui nama Lyle Carson pada papan tersebut dan menghubunginya di Facebook.

Carson kemudian memaklumkan kepada Falter bahawa papan luncurnya dalam keadaan baik selepas ditemui di Filipina. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain