suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 93 tahun nyaris maut selepas rumah runtuh dirempuh lori

Kejadian itu berlaku di Lunéville, Perancis pada pagi Isnin.

BAGAIKAN satu keajaiban.

Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita berusia 93 tahun yang terselamat dalam kejadian di Lunéville, Perancis pada pagi Isnin.

Menerusi kejadian itu, sebahagian binaan rumahnya musnah akibat dirempuh sebuah lori.

Pemandu lori ditemui terperangkap di bawah runtuhan dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Bagaimanapun, warga emas itu langsung tidak mengalami kecederaan.

Foto-foto sekitar kejadian turut dikongsi oleh pihak bomba menerusi Twitter dan ia ternyata mengundang perhatian ramai.

Dalam foto itu, bahagian hadapan lori kelihatan terbenam dalam runtuhan konkrit. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bomba, lori, runtuh, ajaib

Artikel Lain