suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri kantoi curang menerusi Google Street View

Seorang isteri mengaku mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Foto Google Streetview

SEORANG lelaki patah hati apabila aplikasi Street View menerusi Google Maps merakamkan isterinya mengadakan hubungan sulit bersama seorang lelaki.

Imej tersebut yang tular di Facebook, menunjukkan barisan bangku di laluan pejalan kaki di Lima, Peru.

Seorang wanita memakai baju hitam dan kemeja putih, kelihatan duduk di salah satu bangku, manakala seorang lelaki berpakaian putih baring di atas pangkuannya.

Wajah lelaki itu tidak kelihatan, dan wanita itu juga telah dikaburkan, sebagai standard yang diamalkan oleh Google Maps untuk melindungi privasi orang awam.

Bagaimanapun, suami kepada wanita itu masih dapat mengecam isterinya apabila dia pernah tersadung di lokasi kejadian pada 2013.

Malah, dia juga mengecam dari segi pemakaian isterinya.

Suami berkenaan dilaporkan berhadapan dengan isterinya mengenai kejadian yang dilihatnya.

Isterinya mengaku mempunyai hubungan sulit sebelum pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain