Putus kawan sejak dilamar Putera Harry, bekas rakan tuduh Meghan Markle terlalu kejar populariti

Beberapa dakwaan lain mengenai pasangan diraja itu dijangka disiarkan dalam sebah buku berjudul Finding Freedom tidak lama lagi.

ISTERI Putera Harry, Meghan Markle disifatkan sebagai seorang wanita yang terlalu mengejar populariti.

Menurut Lizzie Cundy, dia sudah tidak berkawan dengan Meghan selepas wanita itu dilamar Harry.

"Saya ditinggalkan," ujar wanita itu ringkas.

Menurut wanita berusia 52 tahun itu, dia ada menghantar ucapan tahniah namun mesej itu tidak pernah dijawab Meghan.

Katanya, dia tidak terkejut namun tetap sedih dengan perubahan sikap rakannya.

Mendedahkan kisah lama mereka, Lizzie juga mengakui berpeluang bertemu dengan Harry sebelum mereka berkahwin.

Selain tuduhan wanita itu, beberapa dakwaan lain mengenai pasangan diraja itu dijangka disiarkan dalam sebuah buku berjudul Finding Freedom tidak lama lagi. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik