suria

Presiden Rusia uji vaksin Covid-19 ke atas anak sendiri, sedia perkenal kepada dunia tak lama lagi

Presiden Rusia memberi jaminan bahawa ia selamat dan berkesan. (Foto: Reuters)

RUSIA mengumumkan penemuan vaksin Covid-19 dan mengakui sudah bersedia untuk memperkenalkannya kepada seluruh dunia.

Menurut presidennya, Vladimir Putin, dia memberi jaminan bahawa ia selamat dan berkesan.

Malah, dia mengakui turut menjalankan uji kaji vaksin itu ke atas anak perempuannya.

Namun, dia tidak terlepas menerima kecaman kerana didakwa terlalu cepat membuat pengumuman kerana mahu berlumba-lumba dengan kajian negara lain.

Untuk rekod, angka pesakit Covid-19 mencecah 20 juta di seluruh dunia pada Isnin. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Vladimir Putin, vaksin, Covid-19

Artikel Lain