suria

Wanita dikecam rakam foto seksi berlatar belakangkan runtuhan di Beirut

Selain wanita itu, pasangannya yang merakam gambar turut dihentam pelayar media sosial.

SELURUH dunia terkejut apabila berlakunya letupan di Beirut sehingga mengorbankan ratusan individu dan mencederakan ribuan yang lain.

Menurut siasatan awal, ia berpunca daripada 2,570 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun dalam sebuah kawasan gudang di sebuah pelabuhan negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Letupan Beirut: Penduduk mula pulang ke rumah, termenung lihat kesan runtuhan

Terbaharu, aksi seorang gadis yang berpakaian menjolok mata yang bergambar berlatar belakangkan runtuhan letupan itu menerima kecaman ramai.

Selain wanita itu, pasangannya yang merakam gambar turut dihentam pelayar media sosial.

Lebih membangkitkan kemarahan, mereka turut bergambar berdekatan bendera Lubnan.

Dalam beberapa foto tersebar, pengunjung di lokasi itu turut kelihatan kurang senang dengan tindakan pasangan berkenaan. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Beirut, Lubnan, letupan, seksi

Artikel Lain