suria

Letupan Beirut: Penduduk mula pulang ke rumah, termenung lihat kesan runtuhan

Seorang wanita yang termenung dalam kediamannya yang musnah tempoh hari.

LETUPAN kuat yang menggegarkan Beirut baru-baru ini menjadi perhatian global dek kemusnahan teruk yang melanda.

Menerusi laporan awal, ia berpunca daripada 2,570 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun dalam sebuah kawasan gudang di sebuah pelabuhan negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa lihat kelibat dron bentuk burung dalam visual letupan Beirut, teori lelaki Malaysia raih perhatian di Twitter - “Bro, jangan banyak sangat baca komik ya”

Menerusi kejadian itu, banyak bangunan dan rumah-rumah penduduk tempatan turut musnah.

Terbaharu, rakyat negara itu yang terjejas mula kembali melawat kawasan kediaman mereka yang musnah.

Seorang penerbit rancangan televisyen melawat rumahnya yang musnah dalam kejadian baru-baru ini.

Menerusi foto yang dikongsi, seorang wanita kelihatan sedang berada dalam runtuhan rumahnya, tiga hari selepas kejadian itu.

Foto itu ternyata mengundang rasa sebak pelayar internet.

Selain wanita itu, seorang penerbit televisyen, Tony Ahwaji turut berkongsi foto balkoni kediamannya yang rosak teruk akibat kejadian itu.

Sehingga kini, 130 individu maut dalam kejadian berkenaan manakala ribuan yang lain cedera. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Beirut, letupan, runtuhan, rumah

Artikel Lain