suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja jadi perhatian ramai selepas wajahnya dikatakan mirip Michael Jackson

Gadis itu mengakui tidak kisah akan segala komen yang dibuat mengenai wajahnya.

SWAFOTO seorang remaja perempuan mengundang perhatian ramai apabila dia didakwa memiliki wajah iras penyanyi, Michael Jackson.

Lorun Elisabeth, pelajar dari Manchester berkongsi foto itu di Twitter dan sama sekali tidak menyangka ia akan menjadi tular.

Ia sehingga kini dihujani lebih 6,000 komen netizen.

Lorin, 17, mengakui terhibur dengan komen orang ramai yang menyamakan wajahnya dengan penyanyi itu.

Malah katanya, dia langsung tidak tersinggung akan perbandingan itu.

Untuk rekod, penyanyi lagu Smooth Criminal itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009. - Mirror.

Artikel Lain