suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukar cari jodoh, gadis tinggi akui lebih suka lelaki pendek

Dia bagaimanapun sudah melepasi fasa sukar mencari jodoh dan telah berkahwin 11 tahun lalu.

SEORANG model wanita mengakui sukar mencari jodoh sewaktu dirinya muda suatu ketika dahulu akibat memiliki ketinggian 188 sentimeter.

Namun, semua itu tinggal kenangan apabila Emerald Van Langen dari Toronto, Kanada sudahpun bertemu jodoh 11 tahun lalu.

Berusia 32 tahun, dia mengakui suaminya juga berketinggian lebih rendah berbanding dirinya iaitu 155 sentimeter.

"Sudah 11 tahun kami bersama. Sebelum jumpa dia, saya tak ada ramai kawan rapat lelaki.

"Lelaki biasanya risau bila saya lebih tinggi berbanding mereka, ' ujarnya.

Namun kata Emerald, dia sebenarnya suka lelaki bertubuh rendah.

Menurut model itu, dia juga tidak terlepas menerima usikan lucah di media sosial yang memperkatakan mengenai ketinggiannya.

Kata Emerald lagi, dia juga tidak suka memakai kasut bertumit memandangkan dia sendiri sudah cukup tinggi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Emerald Van Langen, model, tinggi, jodoh

Artikel Lain