suria

Gempar penemuan ‘kapal ais’ 130 meter di Google Earth cetus teori konspirasi

Kedudukan 'kapal ais' dikatakan kira-kira 160 kilometer dari pantai Kutub Selatan. Foto XXXXXXX/Youtube

SEORANG pengguna Google Earth yang mengesan 'kapal ais' sepanjang 428 kaki (130 meter) yang terperangkap 160 kilometer (km) dari pantai Antartika (Kutub Selatan) telah mencetuskan teori konspirasi yang disembunyikan.

Seorang YouTuber, MrMBB333, yang menggelarkan dirinya sebagai 'Earth Watchman', menyiarkan video mengenai 'perubahan' di dunia dan apa yang dipercayainya sebagai punca perubahannya.

Salah seorang yang pengikutnya mengirim koordinat kawasan yang terletak di antara Antartika dan New Zealand, yang mana mereka mendakwa telah menemukan sebuah kapal besar yang beku di antara bongkah ais.



Imej kapal ais secara dekat. Foto XXXXXXX/Youtube

Salah satu kawasan ais mulai menyerupai bentuk kapal waktu dia membuat pengimejan secara dekat (zoom in) pada peta secara 3 dimensi (3D).

Imej tersebut menunjukkan satu bentuk besar, kawasan dek utama dan cerobong di bahagian atas.

Jika ia benar-benar sebuah kapal sebagaimana yang dipercayai ramai orang, ia bermaksud kapal tersebut telah terbalik dan tersadai dikelilingi oleh formasi ais yang besar.

Berdasarkan saiznya sepanjang 130 meter, satu usaha yang besar perlu dilakukan bagi mengeluarkannya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain