suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masuk percuma, ribuan bersesak di pusat akuarium di Wuhan

Para pengunjung beratur tanpa menjaga penjarakkan sosial/fizikal. Foto Ashanshan/ Real Press

RIBUAN pelancong bersesak di pusat akuarium di Wuhan, China, walaupun kes Covid-19 terus meningkat di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Beberapa keping gambar yang tular menunjukkan pengunjung melanggar peraturan penjarakkan sosial (penjarakkan fizikal).

Lebih mengejutkan kejadian didakwa berlaku di lokasi tumpuan pelancong, di Wuhan yang pernah menjadi pusat bermula penularan Covid-19.

Ramai pengunjung memasuki Wuhan Polar Ocean Park, yang merupakan satu-satunya tarikan yang dibuka secara percuma.

Insiden berlaku ketika kebimbangan gelombang kedua pandemik Covid-19 di Barat dan AS.

Pihak berkuasa Wuhan memberitahu, ia menjadi tarikan luar biasa berikutan tiada bayaran masuk dikenakan.

Sejak pandemik di kawasan itu beransur pulih, kerajaan serantau membuka berpuluh-puluh destinasi pelancong secara percuma kepada para pengunjung. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain