suria

Isteri enggan bersubahat, lelaki kantoi rakam video bawah skirt akhirnya dipenjara

Lelaki itu juga banyak membuat rakaman video dalam tandas awam.

SEORANG wanita membuat laporan polis selepas dia mengetahui sisi gelap suaminya sepanjang 13 tahun perkahwinan mereka.

Menurut wanita dikenali sebagai Rachel itu, suaminya, Jonathan Drake, dari Wenvoe, Cardiff, suka mengintip perempuan dengan membuat rakaman video bawah skirt.

Terkejut akan hal itu, dia membuat laporan polis dan akhirnya lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara.

Menurut perbicaraan, bapa kepada tiga anak itu juga banyak membuat rakaman video dalam tandas awam.

Selepas penemuan bukti dalam komputer miliknya, Drake mengakui semua perbuatannya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain