suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik sedih kucing kesayangan mati selepas hilang 3 hari, ditemui dengan kesan rogol

Kucing itu dilaporkan hilang dari kediaman pemiliknya pada Selasa lalu.

SEEKOR kucing yang hilang beberapa hari ditemui semula oleh pemiliknya dengan kesan kecederaan akibat serangan seksual.

Kucing baka British Shorthair berudia 18 bulan dikenali sebagai Zoe itu hilang pada Selasa pagi di kediamannya di Watford, Hertfordshire, England.

Ditemui semula pada Jumaat, ia bagaimanapun mati selepas dibawa ke klinik kesihatan.

Menurut pemilik, Szymon Piwowarski, dia terlalu sedih akan kejadian yang menimpa atas haiwan berkenaan.

"Sangat sedih mengenangkan kucing saya dirogol. Biasanya ia akan pulang untuk makan jika keluar sekalipun.

"Ia akhirnya pulang pada Jumaat selepas tiga hari hilang. Kaki, ekor dan bahagian belakang badan kucing dicemari dengan sejenis cecair," ujarnya.

Menurut pemilik itu lagi, dia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada ia dirogol manusia atau haiwan lain. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Szymon Piwowarski, kucing, rogol, mati

Artikel Lain