suria

Nahas Air India Express: Pesawat terbelah dua, sekurang-kurangnya 17 terbunuh

Pesawat Air India Express yang terhempas dan terbelah dua lapangan terbang Caliput di Kerala, India. Foto Reuters

SEBUAH pesawat Air India Express yang membawa 190 penumpang dan anak kapal tergelincir dari landasan di lapangan terbang di selatan Kerala, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.

Pesawat Boeing 737 itu, dalam penerbangan dari Dubai, tergelincir dari landasan ketika hujan lebat.

Menurut pegawai penerbangan, kejadian itu menyebabkan pesawat itu terbelah dua selepas mendarat di lapangan terbang Calicut.

Pesawat itu membawa rakyat India yang terkandas akibat Covid-19.



Bangkai pesawat Air India Express di lokasi nahas. Foto AFP

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, beliau berada dukacita dengan nahas pesawat itu.

Menurut Ketua Menteri Kerala, Pinaravi Vijayan, operasi menyelamat di lokasi nahas telah dijalankan dan semua penumpang terselamat dibawa ke hospital di Calicut dan Malapuuram.

Seorang pegawai polis kanan berkata, berpuluh-puluh mangsa cedera, dan 15 daripada mereka cedera parah.

Menurut Air India Expressm dua juruterbang merupakan antara yang terbunuh dalam nahas itu. - BBC

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain