suria

Angka korban tragedi letupan Beirut meningkat 135 orang, lebih 5,000 cedera... seluruh dunia beri penghormatan kepada mangsa

Seluruh dunia memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi letupan Beirut ketika angka korban terus meningkat. Foto: Getty Images/EPA

ANGKA korban akibat tragedi letupan di Beirut, Lubnan dilaporkan meningkat kepada 135 orang, selepas pasukan penyelamat terus menjalankan misi pencarian mangsa di bawah runtuhan bangunan.

Lebih 5,000 orang pula dilaporkan cedera, manakala 300,000 dipercayai hilang tempat tinggal.

Terdahulu media melaporkan seramai 78 orang terkorban akibat letupan yang berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan di kawasan gudang di sebuah pelabuhan di kota itu.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab pada Rabu mengisytiharkan hari berkabung bagi seluruh negara berkenaan.

Sementara itu, negara-negara lain di seluruh dunia turut sama memberikan penghormatan mereka kepada mangsa tragedi letupan itu.

Di London, orang ramai berkumpul di Kensington Gardens, berhampiran dengan kedutaan Lubnan, dengan membawa bendera negara berkenaan selain memberikan ucapan menyatakan rasa sedih di atas tragedi yang berlaku.

Di Palestin, kanak-kanak kecil menyalakan lilin dan membawa bendera Lubnan di Rafah.

Di Paris pula, lampu Menara Eiffel dipadamkan pada tengah malam Rabu sebagai tanda solidariti dan turut sama berduka, sementara pemain bola sepak dari pasukan Paris Saint-Germain (PSG) bertafakur selama satu minit semasa perlawanan persahabatan dengan Sochaux di stadium Parc des Princes. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Beirut, Lubnan, letupan

Artikel Lain