suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi pecahkan jari patung 200 tahun, pengesanan kontak Covid-19 berjaya jejak pelaku

Jari patung yang dipecahkan seorang pelancong di sebuah muzium. Foto Reuters

SEORANG pelancong didapati memecahkan tiga jari patung Itali dari abad ke-19, semasa merakamkan gambarnya di sebuah muzium.

Pengawal menyedari kerosakan itu selepas satu kumpulan meninggalkan muzium Antonio Canova, yang menempatkan patung marmar, pada 31 Julai.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mereka terkejut apabila mendapati pelaku sedang berbaring pada patung tersebut untuk bergambar.

Dia dilihat memijak jari-jari patung itu ketika mahu bangun.

Menyedari telah merosakan pada patung tersebut. lelaki berkenaan segera meninggalkan muzium di Passagno di utara Itali.

Dia bagaimanapun tidak melaporkan berhubung kerosakan itu.

Pelancong yang merupakan lelaki warga Austria berusia 50 tahun itu, kemudian mengaku melakukan kerosakan itu selepas dihubungi pada Selasa.

Menurut laporan agensi berita Itali, ANSA, dia JUGA bersedia untuk membayar ganti rugi.

Polis berkata, mereka berjaya mengesan identiti lelaki itu menerusi khidmat sistem pengesanan kontak Covid-19 di Itali. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

patung, muzium, Antonio Canova,

Artikel Lain