suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh lelaki berbogel kejar babi hutan ‘curi’ beg komputer riba

Seorang lelaki berbogel cuba mengejar seekor babi hutan yang mengambil begnya. Foto Adele Landauer facebook

SEORANG lelaki berbogel dilihat mengejar seekor babi hutan di sebuah taman, selepas haiwan liar itu didapati mencuri beg komputer ribanya.

Dalam kejadian di Jerman itu, lelaki berkenaan sedang berjemur di taman.

Beberapa foto aksi lucu menunjukkan lelaki tersebut cuba mengejar kerana mahu mendapatkan begnya semula.



Kejadian kejar-mengejar itu mengundang lucu dalam kalangan pengunjung. Adele Landauer facebook

Bagaimanapun, babi hutan itu bersaama dua anaknya kelihatan berlari terlalu cepat.

Sekumpulan pengunjung yang bersantai di atas rumput memerhatikan kejadian itu sambil ketawa.

Insiden berlaku di Tasik Teufelssee dekat Hutan Grunwell di Berlin, Jerman. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lelaki berbogel, babi hutan, beg,

Artikel Lain