suria

Dompet lelaki dijumpai semula selepas hilang 14 tahun

Hemant (kanan) sewaktu menerima dompetnya yang hilang sejak 14 tahun lalu. Foto Mumbai Mirror

DOMPET seorang lelaki di India yang hilang 14 tahun itu ditemui semula.

Perkara itu diumumkan oleh pihak berkuasa kereta api.

Dompet lelaki berkenaan hilang ketika dia menaiki sebuah kereta api.

Bagaimanapun, banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh 14 tahun terutama matawang negara itu apabila terdapat not lama di dalam dompet itu yang tidak lagi digunakan.

Lelaki tersebut, Hemant Padalkar kini berusia 42 tahun.

Ketika dompet itu dilaporkan hilang, ia mengandungi beberapa not wang tunai.

Malah, dia sebelum ini menerima panggilan mengenai dompetnya telah dijumpai.

Apabila dompet tersebut diserahkan semula, pihak berkuasa tidak dapat menyerahkan satu not wang kertas di dalamnya kerana ia bukan lagi sah untuk digunakan berikutan ia adalah not lama. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

dompet, hilang,

Artikel Lain