suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka mahu dibawa bersiar, rupa-rupanya anjing ini ditinggalkan pemiliknya di hutan

Imej tangkap layar dari sebuah CCTV merakamkan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pemilik anjing.

TIDAK berperikemanusiaan.

Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada pemilik seekor anjing yang tergamak meninggalkan haiwan peliharaan di sebuah hutan.

Tindakan pemilik tersebut berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman berkenaan, kelihatan pemilik anjing itu memarkir keretanya di Vancouver Park di Oregon, sebelum keluar dan menarik haiwan baka Golden Retriever itu bersamanya.

Anjing itu jelas kelihatan teruja dan mengibaskan ekornya kerana menyangkakan pemiliknya mahu membawanya bersiar-siar.

Bagaimanapun, pemiliknya yang merupakan seorang wanita dilihat kembali semula ke keretanya sambil berlari-lari kecil tanpa ditemani anjing peliharaannya itu, sebelum memandu dan berlalu pergi dari lokasi.

Mujur anjing berkenaan berjaya diselamatkan dan kini ditempatkan di tempat perlindungan haiwan 'I Paw’d It Forward' di Portland. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

anjing, hutan

Artikel Lain