suria

Kreatifnya... cikgu ada cara tersendiri galakkan pelajar selalu cuci tangan untuk elak Covid-19

Guru bernama Shauna Woods akan memberi ganjaran kepada pelajarnya yang mencuci tangan mereka sehingga bersih. Foto: Mrs Woods 3rd Grade

DI KALA wabak koronavirus atau Covid-19 masih menular malah mencatatkan peningkatan kes saban hari, orang ramai digalakkan untuk meningkatkan tahap kebersihan sebagai langkah pencegahan.

Begitu juga dengan seorang guru ini yang mahu memastikan para pelajarnya sentiasa peka dengan tahap kebersihan masing-masing.

Apa yang menarik, guru bernama Shauna Woods ini mempunyai cara tersendiri untuk memastikan para pelajar di kelasnya sentiasa mencuci tangan.

Guru di Sekolah Hallsville di Missouri itu akan melekapkan cop miliknya yang bertulis 'Puan Woods ' di bahagian belakang tapak tangan pelajarnya.

Cop itu lazimnya digunakan ketika menanda buku.

Tujuannya adalah supaya pelajarnya mencuci tangan dengan betul dan sekerap yang mungkin.

Shauna akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang membersihkan cop pada tangan mereka dengan bersih.

Dia berkongsi tip itu di Facebook, di mana posting itu meraih lebih daripada 85,000 shares dan dibanjiri komen dari ibu bapa dan guru yang mahu mencuba cara yang sama terhadap si kecil mereka. - Metro.co.uk

guru, cuci tangan, pelajar

Artikel Lain