suria

Nepal tutup Gunung Everest untuk pendaki, elak penularan Covid-19

Aktiviti pendakian atau ekspedisi ke semua puncak di Nepal pada musim bunga sepanjang Mac hingga Mei telah digantung. Foto: Reuters

NEPAL menutup semua lokasi pendakian di puncak Himalaya, termasuk Gunung Everest bagi membendung penularan wabak koronavirus atau Covid-19.

Nepal, negara terletaknya lapan dari 14 gunung tertinggi di dunia termasuk Everest, memperoleh lebih daripada $ 4 juta (RM 17 juta) daripada yuran permit untuk puncak tertinggi di dunia itu dan gunung-gunung lain setiap tahun.

Menteri Pelancongan, Yogesh Bhattarai berkata aktiviti pendakian atau ekspedisi ke semua puncak pada musim bunga sepanjang Mac hingga Mei telah digantung.

"Pendakian musim ini telah ditutup," kata Bhattarai kepada Reuters.

"Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk itu," katanya, ketika ditanya bahawa ia adalah disebabkan oleh Covid-19.

Nepal mengesahkan hanya satu kes Covid-19, iaitu seorang pelajar yang pulang dari China.

Pelajar itu diuji bersama 450 orang yang lain, namun hanya dia disahkan positif. - THE STAR

Nepal, Everest, Covid-19

Artikel Lain