suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jong-un tinggalkan Pyongyang elak dijangkiti Covid-19

Jong-un dipercayai bersembunyi di sebuah bandar tepi pantai di wilayah itu.

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un meninggalkan Pyongyang untuk mengelak dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Sumber dalaman negara jiran, Korea Selatan memberitahu akhbar Chosun Ilbo bahawa pemimpin itu bersembunyi di Wonsan, bandar tepi pantai di negara tersebut.

Analisis perisikan mendapati Jong-un meninggalkan Pyongyang untuk tempoh yang agak lama.

"Tindakan itu ada kaitan dengan wabak Covid-19," kata sumber itu.

Sumber dalaman tentera Korea Utara membocorkan jumlah kematian akibat wabak itu kepada akhbar harian Korea Selatan dengan mendakwa mangsa yang maut kebanyakannya tinggal berdekatan sempadan China.

Malah lebih 3,700 tentera di negara itu turut dikuarantin.

Namun Pyongyang tetap menafikan dakwaan bahawa wabak itu sedang menular di negara tersebut.

Menurut laporan pada Isnin lalu, Pyongyang turut membangunkan suntikan antiviral dalam merawat pelbagai penyakit.

Gambar terbaharu Jong-un yang dikeluarkan media Korea Utara pada Selasa lalu menunjukkan dia mengawasi latihan artileri hidup dari sebuah lokasi tidak diketahui.

Kim Jong-un, Korea Utara, Covid-19

Artikel Lain