suria

Covid-19: Angka korban lepasi 230 kes, Itali umum kuarantin 16 juta rakyatnya

Itali mengumumkan arahan kuarantin terhadap 16 juta rakyatnya dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Foto: AFP

ITALI mengumumkan arahan kuarantin terhadap 16 juta rakyatnya, dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus atau Covid-19.

Mereka yang menetap di Lombardy, dan di 14 wilayah tengah dan utara memerlukan kebenaran khas sekiranya mahu melakukan perjalanan.

Bandar tumpuan seperti Milan dan Venice juga tidak terkecuali dikuarantin.

Perdana Menteri Giuseppe Conte juga mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium, kelab malam dan tempat-tempat lain di seluruh negara.

Langkah yang disifatkan sebagai paling radikal diambil di negara luar China, akan berlanjutan hingga 3 April.

Langkah baru ini bakal menjejaskan satu perempat daripada penduduk Itali dan pusat kegiatan ekonominya.

Itali mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 yang paling tinggi di Eropah, dengan bilangan kes yang disahkan mencecah 5,883 kes pada Sabtu.

Angka korban di Itali dicatatkan sudah melepasi 230 kes, dengan pihak rasmi melaporkan lebih daripada 36 kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. - BBC.Com

Itali, kuarantin, Covid-19

Artikel Lain