Makan malam terbantut, pasangan suami isteri tiba dari China dihalau pemilik restoran gara-gara Covid-19

Matthew dan isterinya kecewa kerana layanan biadab seorang pemilik restoran makanan Cina di Britain. Foto: Matthew Moore / SWNS

SEPASANG suami isteri kecewa dengan layanan seorang pemilik restoran makanan Cina di United Kingdom (UK) yang bertindak biadab menghalau mereka dari premisnya kerana bimbang dijangkiti koronavirus atau Covid-19.

Matthew Moore, 37, dan isterinya, Huang Quan Xiang, 32, pergi ke restoran berkenaan untuk menikmati makan malam pada minggu lalu, tidak lama selepas tiba dari Chengdu, China.

Selepas memberitahu bahawa mereka tiba dari Chengdu, pasangan itu mendakwa pemilik restoran berkenaan dengan biadabnya menghalau mereka dari premisnya.

Alasan yang diberikan, menurut pasangan itu, adalah kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain kerana tidak mengasingkan diri (kuarantin) selama 14 hari sejurus tiba di Britain.

Menurut Matthew yang bekerja sebagai guru di Chengdu: "Pemiliknya sungguh tidak sopan, dia datang kepada kami dan meminta kami pergi. Dia berkata dengan kuat 'saya harap anda lalui dua minggu kuarantin atau anda tidak dibenarkan duduk di sini'".

Kata Matthew, terdapat ramai pelanggan lain di dalam restoran tersebut dan kejadian itu sungguh memalukan mereka.

Lelaki berusia 37 tahun itu menjelaskan dia dan isterinya, yang berpindah ke China lima tahun lalu, telah mengasingkan diri di negara tersebut selama sebulan sebelum menaiki penerbangan.

Tambahnya, mereka juga menjalani banyak pemeriksaan di lapangan terbang di China sebelum berlepas dan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Matthew berkata: "Kami beritahunya mengenai perkara tersebut tetapi dia tetap mahu kami meninggalkan premisnya" - Metro.co.uk

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain