suria

Suami isteri terbeli 2,300 gulung tisu tandas semasa pembelian panik Covid-19

Kotak tisu memenuhi ruang di rumah mereka.

SEPASANG suami isteri terbeli kira-kira 2,300 gulung tisu tandas ketika pembelian panik di Australia.

Haidee dan Chris Janetzki sebenarnya mahu membeli 48 gulung tisu sahaja tetapi secara tidak sengaja terbeli 48 kotak tisu tandas yang menyamai kegunaan selama 12 tahun.

Chris berkata dia terkejut apabila pesanan tersebut tiba di rumah mereka.

“Berlaku kesilapan semasa pesanan dilakukan. Mereka tanya kuantiti yang saya mahukan.

“Saya tulis 48 sambil memikirkan saya mahu 48 gulung tisu saja.

“Keesokan harinya saya dapat e-mel memaklumkan pesanan saya sudah dihantar.

“Pada Isnin pesanan tiba dan saya terkejut melihat jumlah kotak tisu yang begitu banyak,” katanya.

Pasangan itu melakukan kesilapan dalam pembelian itu selepas Krismas sebelum wabak itu menular sehingga mencetuskan pembelian panik. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain