suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut lima hari selepas diisytihar bebas Covid-19

Sebuah stadium di Wuhan, China dijadikan hospital sementara untuk menempatkan pesakit Covid-19.

SEORANG lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia lima hari selepas disahkan bebas jangkitan koronavirus (Covid-19).

Li Liang dibenarkan keluar hospital di Wuhan, China pada 26 Februari lalu selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada wabak berbahaya itu.

Pada 2 Mac lalu, hanya lima hari selepas dikuarantin di sebuah hotel, Li dimasukkan kembali ke hospital akibat sesak nafas.

Namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Isterinya, Mei mendedahkan sijil kematian Li tertulis sesak nafas sebagai punca utama dia meninggal dunia.

Malah Mei memberitahu suaminya lemah sebelum rebah tidak sedar diri pada pagi sebelum dia meninggal dunia.

Insiden itu amat membimbangkan rakyat di negara itu tetapi pakar kesihatan mengakui jangkitan berulang tidak sepatutnya berlaku.  - Metro.co.uk

Covid-19, maut, Li Liang, sesak nafas

Artikel Lain