suria

Ibu muda penggal kepala anak hanya kerana minta bijirin!

Krystle Villanueva (kiri) menerima hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh anak perempuannya yang berusia lima tahun, Giovanna Hernandez pada 2017 di Austin, Texas. Foto: Hays County Sheriff’s Office

GARA-GARA bijirin, seorang ibu muda tergamak memenggal kepala anak perempuannya sendiri!

Krystle Villanueva, 27, disabitkan dengan kesalahan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh anak perempuannya yang berusia lima tahun, Giovanna Hernandez pada 2017 di Austin, Texas.

Selepas melakukan jenayah kejam itu, Krystle menghubungi talian 911 dan memberitahu dia berbuat demikian kerana kanak-kanak kecil itu 'meminta bijirin'.

Tidak lama kemudian, Krystle menyerang pula ayah mentuanya, namun lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan menghubungi bantuan kecemasan.

Pasukan SWAT bergegas ke rumah Krystle dalam usaha untuk menyelamatkan Giovanna, dan ketika memecah masuk kediaman itu, mereka menemui ibu muda berkenaan sedang berbogel kerana baru sahaja selesai mandi.

Dalam wawancara polis yang berikutnya, Krystle mendakwa bahawa 'dia berada dalam keadaan delusi kononnya anak perempuan dan ayah mertuanya telah diganti oleh klon dan mereka perlu dibunuh untuk membawa ahli keluarganya yang sebenar'.

Dilaporkan bahawa Krystle berada di bawah pengaruh bahan terlarang dan minuman keras ketika melakukan pembunuhan kejam tersebut. - Metro.co.uk

penggal, bijirin

Artikel Lain