suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis ‘berlumba’ cari vaksin untuk Covid-19, mungkin ambil masa setahun

Semua pihak kini berusaha untuk mencari vaksin bagi mencegah Covid-19. Foto Getty / Mirror UK

SAINTIS di seluruh dunia bekerjasama untuk menemui vaksin koronavirus (Covid-19), meskipun dikhuatiri ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.

Kumpulan penyelidik di universiti-universiti Imperial College London, Oxford dan Cambridge merupakan antara pakar-pakar yang bekerja keras sepanjang masa.

Imperial mempunyai prototaip dalam percubaan awal dan akan beralih kepada ujian ke atas manusia, seawal-awalnya bulan depan.

Profesor Kolej Robin Shattock berkata: "Kami mempunyai teknologi untuk menjana vaksin dengan kepantasan yang tidak pernah direalisasikan sebelum ini.

"Kebanyakan vaksin mengambil masa lima tahun dalam fasa penemuan dan sekurang-kurangnya satu hingga dua tahun untuk mengeluarkan dan memasuki percubaan klinikal.

"Kami cuba untuk mengesannya dan kami mungkin bukan yang pertama - ia hanya memerlukan satu kumpulan untuk mendapatkannya."

Para saintis telah belajar daripada pengalaman lalu menerusi wabak virus terdahulu, seperti krisis SARS pada 2002.

Mereka telah mempunyai rancangan apabila munculnya Covid-19.

Dalam beberapa hari berlakunya wabak itu di China, satu pelan pembangunan atau blueprint dilakukan dengan menggunakan sampel daripada pesakit-pesakit awal.

Ia menyediakan garis permulaan kepada saintis di seluruh dunia untuk mencipta vaksin. - Mirror

Covid-19, vaksin, koronavirus, saintis

Artikel Lain