Tabiat mencium bayi pada mulut dibimbangi akan memindahkan bakteria melalui air liur. -Gambar hiasan AI
RAMAI menganggap gigi berlubang sekadar masalah kecil yang boleh ditangguhkan rawatannya selagi belum menyebabkan kesakitan.Bagaimanapun, keadaan itu tidak wajar dipandang ringan, terutama bagi ibu bapa yang mempunyai bayi. Ini kerana terdapat bakteria dalam mulut yang boleh berpindah melalui air liur.Menerusi satu perkongsian, seorang doktor gigi dari Klinik Pergigian Nur'Ain menjelaskan, bakteria yang dikaitkan dengan kerosakan gigi ialah streptococcus mutans.Bakteria ini boleh berpindah daripada penjaga kepada bayi melalui pertukaran air liur."Betul ke kalau gigi berlubang, tak boleh cium bayi?"Kalau gigi berlubang, ada satu bakteria yang dipanggil streptococcus mutans yang boleh berjangkit daripada ibu kepada bayi melalui air liur saja," katanya.Amalan mengunyah makanan terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada bayi juga wajar dielakkan demi kesihatan anak. -Gambar hiasan AIBeliau turut menerangkan bahawa pemindahan bakteria boleh berlaku menerusi beberapa amalan harian yang mungkin dianggap biasa oleh ibu bapa.Antaranya termasuk mencium mulut bayi atau berkongsi sudu dan peralatan makan yang sama.Lebih membimbangkan, amalan mengunyah makanan terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada bayi juga boleh menyebabkan air liur orang dewasa bercampur secara langsung dengan makanan yang kemudian dimakan bayi.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan abai perubahan kuku, 10 tanda ini mungkin beri petunjuk tahap kesihatan... Awas jika sampai muncul jalur gelapWalaupun pemindahan bakteria berkenaan tidak bermakna bayi akan terus mengalami gigi berlubang, pendedahan awal kepada bakteria tersebut merupakan antara faktor mempengaruhi risiko karies gigi apabila gigi mula tumbuh."Jadi kepada ibu bapa, cuba periksa gigi anda ketika memberus gigi. Ada tak gigi yang berlubang?" katanya.Namun, gigi berlubang pada ibu atau penjaga tidak bermaksud mereka perlu mengelakkan semua bentuk ciuman kepada bayi. Langkah yang lebih penting adalah:- Elakkan mencium mulut bayi, terutama jika mempunyai masalah gigi atau gusi yang aktif.- Jangan berkongsi sudu, cawan atau makanan dengan bayi.- Jangan masukkan puting bayi ke dalam mulut sendiri untuk 'membersihkannya'.- Jaga kebersihan mulut dan dapatkan rawatan untuk gigi berlubang.