suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hari-hari kutip ‘mileage’ tapi badan masih sama? Ini sebabnya kena pilih waktu ‘brisk walk’ ikut sasaran

Ramai yang menjadikan brisk walk sebagai rutin harian untuk kekal cergas. -Gambar hiasan

BERJALAN pantas atau brisk walk semakin menjadi pilihan ramai sebagai salah satu aktiviti fizikal yang mudah dilakukan setiap hari.

Tidak memerlukan peralatan khas atau kos yang tinggi, aktiviti ini boleh dilakukan hampir di mana-mana sahaja.

Selain membantu mengeluarkan peluh, brisk walk juga sering menjadi pilihan mereka yang mahu menjaga kecergasan, mengawal berat badan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja.

Namun, pernahkah anda terfikir sama ada brisk walk pada waktu pagi atau petang lebih baik?

Menurut seorang individu yang sering berkongsi mengenai kesihatan dan keibubapaan, @ainul_mustafa, kedua-dua waktu mempunyai kelebihan tersendiri.

Menerusi satu perkongsian, dia menyenaraikan beberapa manfaat brisk walk mengikut waktu yang dilakukan.

Brisk walk waktu pagi

Bagi mereka yang gemar memulakan hari dengan aktiviti fizikal, brisk walk pada waktu pagi boleh memberikan beberapa manfaat.

Antaranya ialah membantu kickstart metabolisme, sekali gus sesuai bagi individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Pada waktu pagi juga, udara lazimnya lebih segar dengan keadaan persekitaran yang kurang sibuk dan pencemaran berbanding waktu lain.

Residents doing brisk walks along the walk path next to the chain-link fence behind the goal post at the USJ 11 park off Jalan USJ11/5 in USJ 11, Subang Jaya.Brisk walk menjadi pilihan ramai tanpa mengira usia kerana ia aktiviti mudah dan tidak memerlukan kos. -Gambar hiasan

Aktiviti fizikal pada awal pagi turut membantu meningkatkan fokus dan mood untuk memulakan rutin harian.

Selain itu, suasana yang lebih tenang dan tidak terlalu panas menjadikan aktiviti berjalan pantas lebih selesa.

Brisk walk waktu petang

Bagi mereka yang tidak sempat bersenam pada waktu pagi, brisk walk pada sebelah petang juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Pada waktu ini, otot badan biasanya sudah lebih warm selepas melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa elak cium mulut bayi, kunyahkan makanan kalau ada masalah gigi berlubang! Cara mudah bakteria berpindah kepada anak

Keadaan tersebut boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika bersenam, terutama bagi mereka yang mahu berjalan pada kadar lebih pantas.

Malah, prestasi fizikal juga biasanya lebih baik pada waktu petang.

Sesetengah individu mungkin mampu berjalan dengan lebih laju atau menempuh jarak yang jauh berbanding sesi pagi.

Bagi golongan yang bekerja, brisk walk pada waktu petang pula boleh menjadi salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berdepan dengan tugasan.

Aktiviti fizikal pada penghujung hari juga dipercayai dapat membantu tubuh lebih relaks dan seterusnya menyokong tidur yang lebih lena.

Jadi, waktu mana lebih bagus?

Sebenarnya, tiada satu waktu yang mutlak lebih baik untuk semua orang.

Menurut wanita ini, pilihan waktu boleh disesuaikan dengan matlamat dan rutin harian masing-masing.

Jika sasaran utama adalah menurunkan berat badan dan membina rutin yang konsisten, brisk walk pada waktu pagi boleh menjadi pilihan yang baik.

Manakala bagi mereka yang lebih mengutamakan pelepasan tekanan dan peningkatan stamina, brisk walk pada waktu petang juga sangat bermanfaat.

Apa yang lebih penting adalah konsisten dan memilih waktu yang paling sesuai dengan kemampuan serta rutin harian.

Artikel Lain