Sebarang perubahan pada kuku tidak wajar dipandang ringan kerana ia berkemungkinan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan. -Gambar hiasan AI
RAMAI yang mungkin tidak menyedari bahawa kuku pada jari tangan sebenarnya boleh memberikan petunjuk awal mengenai keadaan kesihatan seseorang.Kebanyakan kuku yang sihat biasanya kelihatan licin, kuat dan mempunyai warna yang sekata. Namun, perubahan tertentu tidak wajar dipandang ringan, terutama jika berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.Menurut Dr Giuseppe Aragona, seorang pengamal perubatan am dan penasihat perubatan di organisasi kesihatan dalam talian di UK, Prescription Doctor, perubahan pada kuku perlu dilihat bersama keadaan kesihatan seseorang secara keseluruhan dan tidak boleh terus dianggap sebagai tanda penyakit tertentu.Berikut 10 perubahan pada kuku yang boleh menjadi petunjuk kepada keadaan kesihatan:1. Kuku kekuninganLazimnya dikaitkan dengan jangkitan kulat, terutama jika kuku turut menjadi tebal dan tumbuh dengan perlahan.Dalam kes yang jarang berlaku, keadaan itu boleh dikaitkan dengan masalah pernafasan kronik atau gangguan sistem limfa, khususnya jika terdapat bengkak pada bahagian badan lain.2. Kuku rapuh, nipis atau mudah terbelahSering berlaku akibat kerap terdedah kepada air, bahan pencuci atau faktor usia. Namun, ia juga boleh dikaitkan dengan kekurangan nutrien tertentu seperti zat besi dan dalam sesetengah kes, masalah fungsi tiroid.ARTIKEL BERKAITAN: Individu paha besar didakwa panjang umur! Doktor bongkar hakikat sebenar, beri amaran tentang ‘lemak senyap’3. Kuku pucatBoleh menjadi antara tanda anemia. Jika keseluruhan kuku menjadi putih dan mempunyai bahagian tepi yang lebih gelap, ia juga mungkin dikaitkan dengan masalah hati, walaupun keadaan ini biasanya berlaku pada peringkat lebih lanjut.4. Garisan atau jalur gelap Jika muncul secara menegak, maka diberi perhatian, terutama jika ia baru muncul, berubah bentuk atau kelihatan tidak sekata.Walaupun ada kes yang tidak berbahaya dan boleh berlaku akibat faktor genetik atau kecederaan, perubahan seperti ini juga boleh menjadi tanda melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang boleh berlaku di bawah kuku.5. Tompok putihSangat biasa berlaku dan tidak semestinya menunjukkan seseorang mengalami kekurangan kalsium seperti yang sering dipercayai.Dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada kecederaan kecil pada bahagian pangkal kuku.Kuku yang sihat biasanya kelihatan licin, kuat dan mempunyai warna yang sekata. -Gambar hiasan AI6. Lekukan atau lubang kecilDikenali sebagai 'pitting'. Keadaan ini paling kerap dikaitkan dengan psoriasis, tetapi ia juga boleh berlaku akibat masalah kulit atau rambut tertentu.7. Garisan melintang Boleh berlaku selepas seseorang mengalami penyakit yang teruk atau tekanan fizikal yang besar. Ia berlaku apabila pertumbuhan kuku terhenti atau menjadi perlahan buat sementara waktu.Jenis garisan tertentu yang berwarna putih pula boleh dikaitkan dengan paras protein yang rendah dalam darah, terutama dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit kronik.8. Garisan menegakBiasanya tidak perlu dibimbangkan kerana ia merupakan perubahan yang lazim berlaku apabila seseorang semakin berusia.Namun jika garisan tersebut disertai perubahan lain pada warna, bentuk atau tekstur kuku, pemeriksaan lanjut mungkin diperlukan.9. Kuku berbentuk seperti suduDikenali sebagai koilonychia. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan anemia akibat kekurangan zat besi, terutama jika turut mengalami gejala seperti mudah letih atau sesak nafas.10. Kuku membulat dan hujung jari membengkak- Dikenali sebagai 'clubbing'. Perubahan ini lebih serius kerana boleh dikaitkan dengan penyakit paru-paru kronik, masalah jantung atau gangguan sistem penghadaman dan memerlukan pemeriksaan doktor.Walaupun perubahan pada kuku boleh memberikan petunjuk mengenai keadaan kesihatan, ia tidak bermaksud setiap perubahan merupakan tanda penyakit serius.Namun, jika perubahan berlaku tanpa sebab yang jelas, berterusan atau disertai gejala lain, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada doktor atau ahli farmasi.