PENAMPILAN khas penyanyi cilik, Anggrek Adenan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan bagi lebih 400 murid yang menyertai bengkel persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) anjuran Fly High Education Centre (Fly High) di Universiti Malaya semalam.Anggrek, 9, yang juga anak kepada penyanyi Adira Suhaimi dan juara program Talk To My Manager (TTMM) musim kedua, turut menerima Sijil Penghargaan Keistimewaan Pendidikan GenFLY, sekali gus menerima tajaan pendidikan tambahan daripada Fly High selama tiga tahun. Segmen menulis surat kepada ibu kendalian penceramah motivasi, Nazira Nazir, turut mencuri perhatian apabila seluruh dewan diberikan ruang untuk menulis dan meluahkan penghargaan kepada ibu masing-masing.Antara pelajaar yang menyertai bengkel persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) anjuran Fly High Education Centre (Fly High) di Universiti Malaya pada Isnin.Dalam suasana itu, Anggrek turut dilihat tekun menulis surat buat ibunya sebelum bangun menyerahkan sendiri surat berkenaan kepada Adira yang turut berada di dalam dewan.Detik itu kemudian bertukar menjadi momen penuh emosi apabila Adira membaca surat tersebut, manakala suasana sebak turut dirasai seluruh dewan apabila para pelajar lain juga sedang menulis dan menghayati surat masing-masing kepada ibu mereka.Pengasas Fly High Education Centre, Wan Rafidah Wan Ali berkata, program tahunan itu menumpukan persediaan pelajar untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta sekolah khusus lain.Adira (kiri) bersama Pengasas Fly High Education Centre, Wan Rafidah Wan Ali.Katanya, kesemua peserta digalakkan mengenakan pakaian bertemakan kemerdekaan atau pakaian seragam kegiatan kokurikulum pada acara itu bagi memupuk semangat patriotisme.“Melalui program itu, kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang mengikuti kelas secara konsisten berjaya mencapai sasaran mereka, sekali gus menunjukkan kepentingan persediaan yang berterusan.“Pada masa sama, kami mahu pelajar bukan sahaja bersedia dari segi akademik, tetapi turut menghargai pengorbanan ibu bapa yang sentiasa menjadi sumber sokongan mereka,” katanya.Program itu dikendalikan oleh penceramah motivasi, Nazira Nazir.Menurut Wan Rafidah, beliau berharap semua peserta dapat merealisasikan impian untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah pilihan masing-masing, termasuk SBP, SBPI, MRSM Ulul Albab, MRSM Bitara dan SMKA terpilih.Antara peserta yang sanggup merentas negeri untuk menyertai bengkel tersebut ialah dua sepupu dari Kelantan, Muhammad Rifqi Sufi Rashid, 12, dan Muhammad Al Fatih Mohamed Rosli, yang hadir dengan persediaan sejak April lalu menerusi pembelajaran dan kelas tuisyen di rumah.Bagi Muhammad Rifqi Sufi, perjalanan jauh dari Kelantan tidak mematahkan semangatnya untuk menyertai bengkel tersebut kerana mahu menambah persediaan bagi merealisasikan impian melanjutkan pelajaran ke sekolah pilihan.Seramai 400 murid menyertai bengkel berkenaan dari seluruh Malaysia. Muhammad Al Fatih pula berkata, dia mahu memanfaatkan peluang yang ada untuk memperkukuh persediaan akademik, selain menyimpan cita-cita untuk menjadi pegawai bomba suatu hari nanti.“Sanggup datang jauh sebab kami memang bersemangat nak belajar dan buat persediaan dengan lebih baik. Kami harap usaha ini dapat membantu kami mencapai cita-cita,” kata mereka.Fenomena PKSK Merdeka 2026 turut disusuli sesi motivasi dan pembelajaran bersama tenaga pengajar Fly High bagi meningkatkan keyakinan serta kesediaan pelajar sebelum menghadapi PKSK yang dijadualkan bermula pada 7 Oktober 2026.