Sokongan daripada suami amat penting bagi wanita yang sedang melalui fasa berpantang. -Gambar hiasan AI
SELEPAS melalui proses kehamilan dan kelahiran, tubuh seorang wanita memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sediakala. Justeru, persoalan mengenai bila waktu sesuai untuk kembali melakukan hubungan intim bersama pasangan sering menjadi perkara yang bermain di fikiran pasangan suami isteri. Menurut perkongsian laman Hospital Pakar An-Nur, terdapat panduan dari sudut klinikal dan syariah yang boleh dijadikan rujukan mengenai perkara berkenaan.Panduan tersebut dikongsikan daripada pandangan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), jururawat pasca-bersalin serta ahli terapi bertauliah.Menurut perkongsian berkenaan, panduan klinikal dan syariah mungkin mempunyai garis masa yang berbeza, namun kedua-duanya tidak bercanggah kerana mengambil kira aspek kesihatan serta hukum agama.Dari sudut klinikal:- Sebaik-baiknya menunggu sehingga lochia (pendarahan atau lelehan dari faraj selepas bersalin) berhenti. Lazimnya ia mengambil masa sekitar empat hingga enam minggu.- Menunggu sehingga luka pada perineum atau Caesarean sembuh.- Mendapatkan pemeriksaan daripada doktor O&G, khususnya selepas pembedahan (lazimnya sekitar minggu keenam selepas bersalin).Tergesa-gesa untuk kembali melakukan hubungan intim sebelum tubuh benar-benar pulih juga boleh meningkatkan risiko jangkitan atau pendarahan.Hubungan intim adalah halal selepas nifas berakhir namun aspek kesihatan dan keadaan fizikal isteri juga perlu diberi perhatian. -Gambar hiasan AIDari sudut syariah:- Haram selagi wanita masih mengalami darah nifas.- Apabila nifas telah berhenti, wanita perlu mandi wajib dan selepas itu hubungan intim adalah halal dilakukan.- Menurut Mazhab Syafie, tempoh maksimum keluarnya darah nifas ialah 60 hari.- Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut berpandangan bahawa hak suami untuk berhubungan intim adalah halal selepas nifas berakhir dan isteri telah mandi wajib. Namun begitu, aspek kesihatan dan keadaan fizikal isteri juga perlu diberi perhatian.Benarkah perlu pantang bersama selama 40 hari?- Menunggu tepat 40 hari bukan satu ketetapan yang terpakai kepada semua wanita.- Ini kerana tempoh nifas berbeza bagi setiap individu. Ada wanita yang mengalami nifas sehingga hari ke-15, ke-25 atau ke-40.- Apabila nifas benar-benar berhenti dan darah tidak lagi keluar, wanita perlu mandi wajib dan sudah boleh kembali menunaikan solat serta berpuasa.- Dari sudut hubungan intim pula, keadaan kesihatan dan pemulihan fizikal juga perlu dipertimbangkan, termasuk selepas mendapatkan pemeriksaan klinikal yang sesuai.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan abai perubahan kuku, 10 tanda ini mungkin beri petunjuk tahap kesihatan... Awas jika sampai muncul jalur gelapAda 5 sebab klinikal doktor saran 'tunggu dulu'1. Pemulihan rahim (involusi): Rahim ambil empat hingga enam minggu untuk mengecut ke saiz asal. Hubungan sebelum tempoh tersebut boleh menyebabkan pendarahan semula.2. Penyembuhan luka perineal atau Caesarean: Jahitan dalaman ambil enam hingga lapan minggu untuk pulih sepenuhnya.3. Risiko jangkitan tinggi: Cervix masih terbuka separa untuk beberapa minggu, berisiko kerana bakteria boleh masuk uterus dan mengakibatkan endometritis.4. Penurunan hormon yang menyebabkan libido menurun: Prolaktin (hormon menyusu) menurunkan hormon estrogen menyebabkan vagina jadi kering, sekali gus menyebabkan kesakitan ketika berhubungan intim.5. Kaedah kontrasepsi (perancang keluarga) masih belum diputuskan: Banyak pasangan tidak sedar, wanita boleh hamil semula tiga minggu pasca bersalin walaupun belum period.Saling memahami adalah kunciSetiap wanita melalui proses pemulihan yang berbeza dan keadaan fizikal serta emosinya juga perlu diambil kira.Dalam tempoh ini, komunikasi antara suami dan isteri amat penting. Saling memahami, berbincang mengenai keadaan masing-masing serta tidak memberi tekanan kepada pasangan boleh membantu menjadikan fasa selepas bersalin lebih tenang dan selesa.