suria

Pasangan warga emas terpisah kerana Covid-19, hanya berkomunikasi di sebalik tingkap kaca

Dorothy melawat suaminya, Gene yang ditempatkan di sebuah pusat jagaan gara-gara Covid-10. Foto: Reuters/Metro.co.uk

SUNGGUH menyayat hati.

Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan situasi di mana sepasang warga emas yang sudah hidup bersama selama 60 tahun, kini terpaksa 'berpisah' buat sementara gara-gara koronavirus.

Beberapa gambar yang menyentuh hati memaparkan si isteri melawat suaminya di sebuah pusat jagaan dan mereka cuba berkomunikasi di balik jendela.

Gene Campbell, 89, ditempatkan di Life Care Center di Kirkland, Washington State, sebuah pusat jagaan di mana beberapa penduduk tempatan telah meninggal dunia akibat koronavirus atau Covid-19.

Sungguhpun penduduk tempatan dilarang datang ke pusat jagaan berkenaan untuk melawat pesakit, namun perkara itu tidak menjadi alasan untuk Dorothy, 88, untuk terus menziarahi suaminya.

Dorothy yang ditemani anaknya Charlie, seorang jururawat berdaftar dari Silver City, New Mexico,dilihat berdiri di tepi sebuah tingkap berhadapan dengan Gene.

Charlie memegang telefon menghala ke tingkap supaya kedua ibu bapanya dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Jumlah korban kematian di Amerika Syarikat akibat Covid-19 mencecah 12 kes setakat Khamis. - Metro.co.uk

warga emas, tingkap, Covid-19

Artikel Lain