suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta jatuh sungai 10 minit selepas pemandunya lulus ujian memandu

Keadaan kereta Zhang yang terjunam ke dalam sungai.

MALANG tidak berbau. Kereta dipandu seorang pemuda terjatuh ke dalam sungai 10 minit selepas dia lulus ujian memandu.

Ketika kejadian lelaki yang hanya dikenali sebagai Zhang itu gagal mengawal kenderaan dipandunya kerana terganggu dengan bunyi mesej di telefon bimbitnya.

Rupa-rupanya penghantar mesej tersebut mahu mengucapkan tahniah kepada pemuda itu kerana lulus ujiannya.

Namun menerusi rakaman video kereta dipandu Zhang dilihat melencong ke sebelah kiri jambatan Laoping di wilayah Guizhou, China.

"Ketika saya sedang memandu saya cuba mengambil telefon bimbit saya dan membaca beberapa mesej dengan dua orang pejalan kaki berada di depan kereta saya sewaktu di atas jambatan itu.

"Saya panik dan kereta melencong ke sebelah kira secara tiba-tiba," katanya.

Zhang bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya keluar dari pintu duduk penumpang.

Menurut laporan Asia Wire, Zhang dibantu penduduk yang berada di lokasi kejadian.

Polis turut membantu Zhang mengangkat keluar keretanya dari sungai. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

kereta, jatuh sungai, lulus, ujian memandu

Artikel Lain