suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontraktor dijangkiti Covid-19, Facebook tutup pejabat di Seattle

Facebook menggalakkan semua pekerja bertugas dari rumah sepanjang bulan ini. Foto: Getty.

LAMAN sosial popular, Facebook menutup sementara pejabatnya gara-gara penularan wabak Covid-19.

Seorang pekerjanya dijangkiti dengan wabak itu pada 21 Januari lalu, memaksa pejabat mereka di Seattle, Amerika Syarikat (AS) ditutup.

Menerusi pengumuman dibuat, pejabat itu akan ditutup sehingga Isnin depan.

"Seorang kontraktor berpangkalan di pejabat Stadium East didiagnos dengan Covid-19.

"Kami mengingatkan pekerja mengikuti nasihat pejabat kesihatan dan mengutamakan kesihatan," ujar kenyataan pihak Facebook.

Memiliki 5,000 pekerja di Seattle, Facebook menggalakkan semua pekerja bertugas dari rumah sepanjang bulan ini.

Untuk rekod, Seattle merupakan kawasan yang paling terjejas akibat Covid-19 di AS setakat ini. - Daily Star.

Facebook, Covid-19

Artikel Lain