suria

Berat badan lebih 200 kg gara-gara main game 14 jam sehari, lelaki ubah gaya hidup selepas dijangka mati awal

David pernah beberapa kali terfikir untuk membunuh diri sebelum ini. Foto: Daily Star

SEORANG pemain tegar permainan video yang menghabiskan 14 jam sehari dan beratnya pernah mencecah lebih 203 kilogram (kg) kini menjalani hidup lebih sihat dengan berat badan hanya 109 kg.

David Breaker pernah berniat untuk membunuh diri sebelum ini  dan kini dia menjadi inspirasi buat orang lain.

Berasal dari Gillingham, Kent, dia mendapat nasihat doktor berkenaan berat badannya yang berisiko tinggi untuk mati.

David memberitahu berat badannya semakin menaik selepas rutin hariannya bangun tidur pada tengah hari dan terus bermain game hingga lewat malam.

"Saya sangat ketagih untuk bermain permainan video. Saya habiskan 14 jam sehari untuk bermain World of Warcraft hingga berat badan naik sehingga 200 kilogram.

"Pernah beberapa kali terfikir untuk membunuh diri apabila memikirkan tentang kehidupan saya.

"Ramai orang mengaku mereka adalah pemain game tegar, tetapi pemain game tegar adalah mereka yang menghabiskan 60 peratus hingga 80 peratus hari mereka dengan bermain permainan tersebut.

David pernah mencecah 203 kilogram sebelum turun kepada 109 kilogram. Foto: Daily Star

"Aktiviti harian seperti pergi berkerja, meluangkan masa bersama keluarga tidak menjadi keutamaan saya," ujarnya.

Kesedarannya timbul selepas doktor memberi amaran kepadanya yang dia berdepan risiko untuk mati sekiranya tidak mengubah gaya hidup.

"Doktor memberitahu yang saya mungkin mati seawal usia 35 tahun.

"Berkemungkinan tinggi mendapat serangan jantung dan ini membuatkan saya bertekad untuk berubah," katanya.

Lelaki yang berusia 36 tahun ini berjaya menurunkan 30 kg melalui diet pemakanan dan bersenam manakala yang selebihnya dengan membuat pembedahan pintasan pada saluran gastrik. - Daily Star

Obesiti, game, gemuk

Artikel Lain